Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Bernama

25 klien AADK di PUSPEN lulus SPM

ByBernama

PUTRAJAYA, 24 April: Sebanyak 25 klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang sedang menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.

Ketua Pengarah AADK Datuk Ruslin Jusoh berkata daripada jumlah itu, 14 daripadanya merupakan klien di PUSPEN Seri Iskandar, Perak manakala 11 lagi di PUSPEN Papar, Sabah.

Kesemua klien tersebut mengambil enam mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral.

“Mereka mengikuti program Rawatan dan Pemulihan Dalam Institusi (RPDI) di dua PUSPEN berkenaan yang menawarkan modul khas iaitu Program Akses Pendidikan Klien (PAPK) khususnya kepada klien di bawah umur 18 tahun sebagai peluang kedua dalam kebajikan pendidikan.

“Menerusi PAPK, klien yang layak akan mengikut jadual kelas yang sistematik dan diajar oleh guru berpengalaman serta bantuan tenaga pengajar dari Pejabat Pendidikan Daerah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ruslin berkata PAPK bertujuan membantu klien AADK mendapatkan peluang pendidikan secara formal bagi menjamin masa depan mereka.

“Dengan adanya kemudahan ini, AADK mampu menangani isu keciciran pendidikan klien AADK sekali gus dapat menyambung semula sesi persekolahan secara korektif,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan