Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Media Group Sardon Zainal pada sidang media Konsert MeleTOP TVS dan Konsert Gawai-Kaamatan. Foto TVS

TVS, Astro rancang kerjasama berterusan

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 24 Apr: TV Sarawak (TVS) sentiasa terbuka dalam menjalinkan kerjasama dengan Astro termasuk penganjuran konsert berskala besar.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif TVS Mohamad Sardon Zainal berkata, kerjasama tersebut dirancang sejak tahun lalu dan menjadi penanda aras penting dalam usaha memperluas pengaruh kandungan tempatan ke peringkat nasional.

“Memang TVS terbuka kepada mana-mana agensi untuk sebarang bentuk kolaborasi termasuk konsert dan acara lain.

“Satu bentuk kolaborasi ini dirancang pada tahun lepas dan insya-Allah projek pertama dengan Astro dan mungkin akan ada lagi kolaborasi selepas ini,” katanya kepada pemberita selepas sidang media Konsert MeleTOP TVS dan Konsert Berkat Gawai – Kaamatan di sini, hari ini.

Pada masa sama menurutnya, pemilihan Miri sebagai lokasi dua konsert utama adalah sebagai langkah dalam menyebarkan penganjuran acara ke seluruh Sarawak dan bukan hanya di satu lokasi sahaja.

Beliau berkata, pemilihan Miri juga dibuat kerana kedudukannya yang berdekatan dengan Sabah dan Brunei menjadikannya lebih mudah diakses pengunjung dari kawasan serantau.

Turut hadir Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Penolong Naib Presiden, Pengurusan dan Penciptaan Kandungan Tanpa Skrip, Gen Next Astro Elyna Rahmat.

Pada 17 Mei, Miri akan menjadi tuan rumah bagi Konsert MeleTOP TVS yang akan menampilkan barisan artis terkenal tanah air seperti Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Nadeera, Mimifly, Dolla dan ramai lagi.

U-Mobile merupakan penaja utama bagi konsert tersebut.

Sementara itu pada 21 Mei, Konsert Berkat Gawai – Kaamatan akan menampilkan ratu rock negara Ella diikuti Bob Yusof, Ramles Walter, Dabra Sia, Velvet Aduk, Roxy Ixzy, SMDX, and Marina Jara dari Kalimantan.

Kedua konsert tersebut akan disiarkan di saluran TVS 122, Astro, MYTV & Unifi TV), Astro ONE, dan Sooka. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan