Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak menggagalkan cubaan menyeludup keluar sebanyak 900 guni bawang besar dan 400 guni bawang merah ke Indonesia

Cubaan seludup 1,300 guni bawang gagal

KUCHING, 24 Apr: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak menggagalkan cubaan menyeludup keluar sebanyak 900 guni bawang besar dan 400 guni bawang merah ke Indonesia menerusi dua tangkapan berasingan pada 21 dan 22 April lepas.

Memetik laporan Suara Sarawak, Komander PGA Briged Sarawak, SAC Che Ghazali Che Awang berkata, tangkapan pertama dibuat kira-kira 9.30 pagi pada 21 April oleh pasukan Infantri Batalion 11 PGA Kuching yang menjalankan rondaan dan pemeriksaan di sekitar kawasan sempadan daerah Bau, Sarawak – Kalimantan, Indonesia yang dipercayai menjadi laluan aktiviti penyeludupan barang kawalan menggunakan jalan tidak diwartakan.

“Dalam rondaan itu, pasukan berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 51 tahun serta hasil pemeriksaan lanjut menemukan sebanyak 400 guni bawang merah yang disimpan di belakang lori yang melalui kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, rampasan dianggarkan bernilai RM360,500 dan kes disiasatan di Bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sementara itu, Che Ghazali berkata, pada 7.15 malam 22 April lepas, tiga lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 42 hingga 48 tahun ditangkap ketika cuba menyeludup keluar 900 guni bawang menggunakan lori melalui kawasan sempadan daerah Lundu, Sarawak – Kalimantan, Indonesia.

Katanya, turut dirampas tiga lori yang digunakan sekali gus menjadikan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM961,50. Siasatan lanjut di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Selain itu, Che Ghazali berkata, pasukan Infantri Batalion 11 PGA, Kuching turut menangkap dua lelaki tempatan berusia 23 dan 25 tahun ketika cuba menyeludup keluar 800 kotak produk makanan sejuk beku menggunakan sebuah lori melalui kawasan sempadan daerah Bau, Sarawak – Kalimantan, Indonesia pada jam 6.55 petang, 23 April lepas.

Katanya, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM427,800 dan kes diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Bau untuk tindakan dan siasatan lanjut di bawah Seksyen 17(1), Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999.

Terdahulu katanya, kira-kira 12 tengah hari pada 22 April lalu, pasukan Infantri Batalion 23 PGA, Sri Aman menemukan sebanyak 60 kotak daging sejuk beku di kawasan sempadan daerah Tebedu, Sarawak – Kalimantan, Indonesia yang dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran.

“Ketika menjalankan rondaan, pasukan menjumpai satu longgokan bungkusan berwarna hitam yang mencurigakan dan hasil pemeriksaan menemukan sebanyak 60 kotak daging sejuk beku yang dianggarkan bernilai RM48,000,” ujarnya.

Beliau berkata, rampasan diserahkan kepada Balai Polis Tebedu untuk tindakan dan siasatan lanjut di bawah Seksyen 17 (1) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999.

Dalam pada itu, Che Ghazali menjelaskan, pada 21 April kira-kira jam 4 pagi, pasukan Infantri Batalion 23 PGA, Sri Aman juga menemukan tiga laras senapang angin serta tiga kotak peluru disorok di sekitar kawasan sempadan daerah Serian, Sarawak – Kalimantan, Indonesia.

Katanya, rampasan dianggarkan bernilai RM18,300 itu diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Serian untuk tindakan dan siasatan lanjut di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan