Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2024-2025 itu berkata beliau masih perlu bekerja keras lagi untuk menjadi pemain yang lebih berkualiti tinggi bagi membantu Harimau Selatan mengharungi cabaran lebih hebat pada masa depan. Foto Instagram @mfl_my

Arif Aiman tetap setia dengan JDT

ByBernama

KUALA LUMPUR, 24 April: Biarpun berpotensi mencipta nama di luar negara, namun pemain sayap sensasi Arif Aiman Mohd Hanapi tetap setia dengan gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta’zim (JDT) buat masa ini.

Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2024-2025 itu berkata beliau masih perlu bekerja keras lagi untuk menjadi pemain yang lebih berkualiti tinggi bagi membantu Harimau Selatan mengharungi cabaran lebih hebat pada masa depan.

“Saya rasa saya akan tetap di JDT sampai bila-bila,” katanya ketika ditemui usai majlis ABK 20242-2025 di sini, malam tadi.

Semalam Arif Aiman melakar sejarah apabila muncul pemain pertama dinobatkan MVP buat kali keempat berturut-turut pada ABK 2024-2025.

Kejayaan tersebut meletakkan pemain kebangsaan itu berada dalam kelas tersendiri apabila mengatasi pencapaian bekas penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha yang merangkul hatrik pada musim 2010 hingga 2012.

Pemain berusia 22 tahun itu turut mendominasi tiga lagi kategori iaitu Pemain Tengah Terbaik, Gol Terbaik Liga Malaysia (Liga-M) 2024-2025 dan juga Fans XI (Penyerang).

Arif Aiman terus menjadikan Liga Malaysia musim ini sebagai pentas untuk dirinya memperagakan kehebatan dengan mencetak 12 gol dan 13 ‘assist’ bagi membantu kelab Harimau Selatan menjulang trofi Liga Super, Piala Sumbangsih dan Piala FA serta melangkah ke final Piala Malaysia menentang Sri Pahang FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Sementara itu Arif Aiman berkata beliau akan memberikan segala-galanya dalam usaha membantu JDT memperagakan aksi terbaik mereka ketika menentang Sri Pahang di Bukit Jalil.

“Persembahan di final nanti bukan sahaja untuk penyokong namun untuk semua termasuk jurulatih, pemain dan keluarga. Kita semua perlu bersiap-sedia untuk perlawanan seterusnya (final Piala Malaysia). Insya-allah kami akan berikan yang terbaik,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan