Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Mohd Shazli Shaik Mohd ketika sidang media pada majlis Hari Raya Aidilfitri 2025 MFL-FAM-AFL di Wisma FAM hari ini. Foto Bernama

60 peratus tiket final Piala Malaysia terjual, cabutan bertuah jadi tarikan

ByBernama

PETALING JAYA, 23 April: Inisiatif Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memperkenalkan cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik telah meningkatkan penjualan tiket final Piala Malaysia 2024/2025 membabitkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang FC, hingga 60 peratus.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutf Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Mohd Shazli Shaik Mohd berkata pelbagai hadiah menarik ditawarkan bagi pembelian secara dalam talian, antaranya motosikal dan skuter elektrik, selain telefon dan jam pintar serta kamera 360 Insta.

“Penjualan tiket final Piala Malaysia menunjukkan perkembangan positif daripada pasukan JDT dan Sri Pahang FC, tambahan pula menerusi inisiatif terbaharu MFL yang memperkenalkan cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik.

“Kami menyeru kepada semua penyokong JDT dan Sri Pahang FC untuk mendapatkan tiket yang masih dijual hingga hari perlawanan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Hari Raya MFL-Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)-Liga Bolasepak Amatur (AFL) di Wisma FAM di sini hari ini.

MFL menyasarkan penjualan tiket sekurang-kurangnya 80 peratus bagi aksi kemuncak piala berprestij yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan