Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud ketika merasmikan majlis penutupan Program Libat Urus Universiti dan Industri Zon Borneo serta Career Fair 2025 di Meritz Hotel, Miri, hari ini. Foto Wilbert Usang TVS

Sinergi universiti, industri penentu landskap pendidikan tinggi

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 23 April: Pendekatan holistik dan menyeluruh antara universiti dan industri merupakan kunci utama dalam memacu transformasi landskap pendidikan tinggi negara, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud.

“Fokus kita bukan lagi sekadar melahirkan graduan tetapi membentuk insan yang bersedia menghadapi realiti pekerjaan yang semakin kompleks, sama ada dalam konteks nasional mahupun global,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis penutupan Program Sesi Libat Urus Industri Zon Borneo Career Fair 2025 di Hotel Meritz, Miri, hari ini.

Beliau turut menekankan keperluan penglibatan aktif sektor industri dalam merangka dasar dan melaksanakan inisiatif pendidikan tinggi selaras dengan hala tuju Pelan Strategik Pendidikan Tinggi 2025 yang bakal dilancarkan.

“Antara cabaran utama yang dikenal pasti termasuk graduan yang masih kurang bersedia dari segi kemahiran praktikal dan sikap profesional serta hasil penyelidikan yang belum diterjemahkan kepada inovasi pasaran,” katanya lagi.

Dalam majlis sama, beliau turut mengiktiraf peranan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sebagai peneraju kerjasama industri di Sarawak di samping merakamkan penghargaan kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPM Bintulu) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak atas komitmen memperkasa jaringan universiti-industri di Borneo.

“Menjelang 2026, kementerian mencadangkan penubuhan pusat kolaborasi industri melibatkan teknologi digital, minyak dan gas, serta industri kreatif. Selain itu, inkubator bakat industri juga akan dibangunkan bersama syarikat-syarikat utama di Sarawak,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan