Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah menunjukan sebahagian produk yang dihasilkan di Wisma Wanita kepada beberapa pewakilan WAIPA. Foto TVS

Wisma Wanita perkasa ekonomi wanita melalui pendidikan dan latihan

KUCHING, 23 April: Pusat Latihan Kemahiran Wisma Wanita yang terletak di Kuching berperanan penting dalam memberikan pendidikan dan latihan kemahiran kepada wanita di Sarawak, sekali gus membantu memperkukuh ekonomi golongan tersebut.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, pembangunan Wisma Wanita merupakan manifestasi komitmen kerajaan negeri dalam memperkasakan ekonomi wanita serta memupuk hubungan yang erat antara komuniti setempat.

“Wisma ini menjadi tumpuan wanita daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Malah, ada dalam kalangan mereka yang berjaya menjadi usahawan hasil latihan dan kemahiran yang diperoleh di sini,” katanya.

Dalam ucapannya sempena lawatan delegasi Women Parliamentarians of ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (WAIPA) ke Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak di Wisma Wanita, hari ini beliau berkata pusat latihan tersebut menyediakan pelbagai kemudahan dan kursus kemahiran untuk membantu wanita menjana pendapatan serta meningkatkan taraf hidup mereka.

“Sebahagian daripada mereka yang hadir hari ini merupakan bekas peserta latihan kemahiran di Wisma Wanita. Kini mereka telah memiliki butik sendiri atau menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan,” jelasnya.

Fatimah turut memaklumkan bahawa kementeriannya sejak tahun 2010 telah mendokumentasikan pencapaian wanita Sarawak dalam pelbagai bidang seperti politik, seni dan sains menerusi penerbitan buku sebagai usaha mengiktiraf kepimpinan wanita.

Beliau menyifatkan lawatan para delegasi tersebut sebagai peluang penting untuk perkongsian ilmu dan pengalaman dalam memperkasakan wanita di peringkat negeri dan serantau.

“Kita sedia maklum bahawa pemimpin wanita dari negara-negara ASEAN mempunyai kekuatan tersendiri.

“Kita mahu menjadikan lawatan ini sebagai penanda aras untuk belajar dan mengambil contoh kejayaan mereka,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan