Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lima cedera selepas kereta dinaiki kemalangan dengan lori di Bukit Sebangkoi, Lebuhraya Pan Borneo Sarikei - Saratok pagi tadi. Foto JBPM

Lima cedera kemalangan dengan lori di Bukit Sebangkoi

SARATOK, 23 April: Lima cedera selepas kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Bukit Sebangkoi, Lebuhraya Pan Borneo Sarikei – Saratok di sini, pagi tadi.

Komander operasi, Unjah Janggau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 8.09 pagi dengan menggerakkan sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarkei ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi didapati kemalangan melibatkan sebuah lori dan sebuah kereta Perodua Alza. Terdapat empat orang mangsa dari kereta Perodua Alza berjaya keluar sendiri sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi.

“Pihak bomba bertindak mengeluarkan seorang lagi mangsa yang masih berada dalam kereta Perodua Alza namun tidak tersepit menggunakan pengusung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kesemua mangsa dipasang Cercival Collar dan seterusnya dibawa ke Hospital Sarikei menggunakan dua buah ambulans KKM.

“Pemandu lori selamat tiada mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian ini, setelah memastikan keadaan di lokasi selamat piohak bomba bertolak balik ke balai,” ujarnya. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan