Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bomba memadam kebakaran sebuah kereta di Batu Kawa, hari ini. Foto Bomba

Kereta terbakar, pemandu berjaya selamatkan diri

KUCHING, 23 April: Seorang lelaki berhadapan detik cemas apabila kereta dipandunya terbakar dalam kemalangan kendiri.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata pemandu tersebut berjaya keluar sendiri dari keretanya yang terbakar dalam kemalangan di Batu Kawa, hari ini.

Dalam kenyataan, jurucakap itu berkata bomba menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 7.34 pagi dan seterusnya menggerakkan sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang.

Operasi tamat pada jam 8.17 pagi.

“Tindakan operasi pemadaman mengunakan satu aliran salur bantu mula pam jentera bomba sehingga api padam sepenuhnya,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan