Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beberapa daerah di Selangor dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan sejak awal pagi ini. Foto Bomba Selangor

Beberapa daerah di Selangor dilanda banjir, tiada mangsa dipindahkan

ByBernama

SHAH ALAM, 23 April: Beberapa daerah di Selangor dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan sejak awal pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata antara daerah terlibat ialah Sungai Buloh, Petaling Jaya dan Subang Jaya dengan 86 rumah terjejas, namun tiada mangsa dipindahkan.

Beliau berkata di Kampung Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh sebanyak 80 buah rumah telah dinaiki air dengan kedalaman tiga kaki tetapi paras air dilaporkan semakin surut.

“Di Kampung Baru Sungai Buloh pula enam buah rumah dinaiki air sedalam dua kaki tetapi mangsa yang terlibat enggan berpindah berikutan air menunjukkan trend menurun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata sebuah keteta terperangkap apabila Persiaran Damai Kampung Kenangan Subang Jaya dinaiki air sedalam dua kaki.

Beliau berkata kejadian bagaimanapun tidak melibatkan mangsa dan paras air sudah mulai surut.

Menurut Ahmad Mukhlis, seorang wanita berumur sekitar 50-an diselamatkan oleh orang awam dalam kejadian di Jalan PJU 1A/46 Petaling Jaya apabila kawasan itu dinaiki air sedalam lima kaki.

“Sebuah kereta jenis Honda turut terperangkap namun air di lokasi kejadian telah surut sepenuhnya,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan