Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Projek Kawasan DUN Kalaka di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di Kuching, hari ini. Foto Awang Azmil (TVS)

Empat projek pembangunan infrastruktur baharu DUN Kalaka berjumlah RM4.1 juta diluluskan

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 22 April: Kerajaan Sarawak di bawah Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) meluluskan empat projek baharu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka menerusi peruntukan sedia ada sebanyak RM4.1 juta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, pelaksanaan projek-projek ini dijangka dapat memperbaiki aksesibiliti dan mempercepatkan pembangunan ekonomi di kawasan terlibat.

“Terdapat empat projek tambahan, iaitu yang pertama melibatkan agensi pelaksana Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak sebanyak RM800,000. Kedua, pemasangan lampu solar untuk semua kampung dan rumah panjang dalam kawasan DUN Kalaka bernilai RM1.8 juta.

“Projek ketiga melibatkan naik taraf Dewan Terbuka Seri Kalaka dan Pentas di tebingan Sungai Krian dengan peruntukan RM600,000, dan projek terakhir adalah naik taraf jalan pertanian di kawasan Kalaka dengan nilai RM900,000,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sektor Pembangunan Utiliti dan Telekomunikasi BDDA berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Projek Kawasan DUN Kalaka, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mohamad Duri memberitahu, sekitar 20 peratus daripada 25 projek yang disenaraikan di bawah BDDA telah disiapkan, sementara 16 peratus masih dalam pelaksanaan dan 64 peratus lagi dalam perancangan serta pelantikan konsultan untuk reka bentuk.

Jelasnya, projek utama yang mendapat perhatian dan telah disiapkan sepenuhnya adalah naik taraf jalan pertanian yang dilaksanakan di beberapa kawasan di bawah daerah Kabong termasuk Nyiar, Roban dan Jelupang.

Tambah Mohamad Duri, setakat ini tiada projek yang mengalami kelewatan dan semua projek yang telah ditender berjalan mengikut jadual dan kemajuan kerjanya juga sangat memuaskan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan