Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KKM di Putrajaya di sini hari ini. Foto, Amiruddin Syah (TVS).

KKM perketat SOP keselamatan premis

ByHafeezzur Muzamir

PUTRAJAYA, 22 April: Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperketat prosedur operasi standard (SOP) keselamatan di premis-premisnya susulan insiden penyamaran sebagai Pegawai Perubatan (PPP) oleh seorang lelaki di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar pada 8 April lalu.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, beliau mahu tindakan segera diambil meskipun kejadian seumpama itu jarang-jarang berlaku.

“Kita (KKM) nak lihat balik aspek yang menjejaskan keselamatan premis kami dan menyemak semula SOP sedia ada.

“KKM tidak akan bekompromi tentang aspek keselamatan,” katanya kepada pemberita selepas hadir Majlis Sambutan Adilfitri KKM di sini, hari ini.

Sambutan turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum majlis itu berlangsung, Dr Dzulkefly sempat mengadakan pertemuan dengan Anwar bagi membentangkan perkembangan terkini melibatkan projek-projek di bawah KKM, antaranya Pusat Kanser Sarawak.

Sementara itu, mengulas mengenai sistem pemilihan penempatan pegawai perubatan, ePlacement 2.0, Dr Dzulkefly berkata ia kini sudah tersedia dan akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

“Kita kini berada pada saat terakhir (pelaksanaan), kita telah melihat sistem itu kembali, algorithmnya dan sebagainya.

“Bila-bila masa sahaja kita akan maklumkan kepada media bagaimana KKM akan melaksanakannya,,” katanya.

Pada 27 Februari lalu, KKM membatalkan pemilihan penempatan 2,245 pegawai perubatan ekoran gangguan teknikal yang serius berpunca daripada akses luar biasa terhadap sistem ePlacement. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan