Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, pelantikan ini membawa dimensi baharu kepada pentadbiran tempatan, khususnya dengan penyertaan lebih ramai wakil muda yang dilihat berpotensi tinggi untuk menyumbang idea segar dan tenaga dalam membangunkan daerah. Foto: UKAS

Lantikan kaunselor baharu Majlis Daerah Sebuyau perkukuh tadbir urus tempatan

ByFarah Diyana Samsuddin

SEBUYAU, 22 April: Pelantikan barisan kaunselor baharu Majlis Daerah Sebuyau yang merupakan satu langkah strategik dan penting dalam memperkukuh tadbir urus tempatan serta meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, pelantikan ini membawa dimensi baharu kepada pentadbiran tempatan, khususnya dengan penyertaan lebih ramai wakil muda yang dilihat berpotensi tinggi untuk menyumbang idea segar dan tenaga dalam membangunkan daerah.

“Pelantikan kaunselor baharu ini bukan sekadar simbolik, tetapi satu isyarat jelas bahawa kita serius mahu melihat tadbir urus yang lebih inklusif, dinamik dan berpaksikan rakyat,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Daerah Sebuyau, di sini, pada Ahad.

Beliau turut menyifatkan penyertaan wakil-wakil muda dalam Majlis Daerah Sebuyau sebagai langkah memperkasa belia agar lebih aktif dalam pengurusan dan pembangunan komuniti setempat.

Langkah ini selaras dengan aspirasi Kerajaan Sarawak untuk membentuk barisan pemimpin akar umbi yang berwibawa, berintegriti dan dekat dengan denyut nadi rakyat.

Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau itu lagi, pelantikan kaunselor ini dijangka dapat memperkukuh hubungan antara masyarakat dengan agensi kerajaan serta membantu mempercepat pelaksanaan inisiatif pembangunan dan sosial di peringkat daerah.

Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran lebih 1,500 tetamu termasuk ketua-ketua jabatan agensi negeri dan persekutuan, pemimpin masyarakat serta penduduk setempat.

Turut hadir Wakil Residen Bahagian Samarahan Anuar Da’an, Pegawai Daerah Sebuyau Ayuradiman Bujang dan Setiausaha Majlis Daerah Sebuyau Oldrige Ripat Eric

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan