Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Cubaan dua lelaki untuk mengedar bekalan dadah di sekitar Lembah Klang gagal, selepas aktiviti mereka dipatahkan pihak polis yang menahan mereka bersama 70 ketulan mampat ganja seberat lebih 73 kilogram di tepi Jalan Baiduri, Kepong di sini pada Selasa.

Kanak-kanak 12 tahun maut terjatuh dari tingkat enam PPR

ByBernama

KUALA LUMPUR, 21 April: Seorang kanak-kanak perempuan 12 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat enam kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Sentul, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung insiden berkenaan pada pukul 2.24 petang.

“Siasatan sedang dijalankan dan kes buat masa ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya ketika dihubungi.

Difahamkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian belakang kepala dan tiada saksi yang melihat kejadian tersebut selain tiada sebarang rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan