Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Logo UNRWA. Foto United Nations Relief And Work's Agency (FB)

UNRWA kecam “hukuman kolektif” terhadap rakyat Palestin, tiada alasan wajar

ByBernama

NEW YORK, 21 April: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Isnin mengecam penderitaan luar biasa yang dialami oleh majoriti penduduk Gaza yang merupakan kanak-kanak, wanita dan lelaki awam, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Menerusi akaun rasmi Twitter, agensi itu menegaskan bahawa tiada sebarang alasan yang boleh dijadikan justifikasi terhadap hukuman kolektif ke atas rakyat Palestin, sambil menggesa gencatan senjata segera.

UNRWA kini mengendalikan 115 pusat perlindungan di seluruh Semenanjung Gaza, yang menempatkan lebih 90,000 orang pelarian.

Agensi itu turut menyatakan bahawa situasi kemanusiaan yang semakin merosot berpunca daripada pengeboman berterusan dan sekatan yang menghalang kemasukan bantuan kemanusiaan serta bekalan komersial.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan bahawa kira-kira 420,000 orang telah dipindahkan sekali lagi sejak kerajaan pendudukan Israel meneruskan pencerobohannya ke atas Semenanjung Gaza pada 18 Mac.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan