Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya mematahkan cubaan penyeludupan dadah melibatkan rampasan lebih 70 kilogram dadah pelbagai jenis bernilai lebih RM2.4 juta bagi tempoh 3 Jan hingga 28 Mac lepas. Foto JKDM (FB)

Kastam Sabah rampas 70 kilogram dadah, nilai melebihi RM2.4 juta

ByBernama

KOTA KINABALU, 21 April: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya mematahkan cubaan penyeludupan dadah melibatkan rampasan lebih 70 kilogram dadah pelbagai jenis bernilai lebih RM2.4 juta bagi tempoh 3 Jan hingga 28 Mac lepas.

Memangku Tugas-Tugas (MTT) Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Saidin Jalaluddin, berkata dalam rampasan pertama pada 28 Mac lepas, sepasukan anggota Kastam Bahagian Penguatkuasaan, Cawangan Narkotik Kota Kinabalu, merampas empat bungkusan tidak bernama di Mas Kargo, Kota Kinabalu.

“Hasil pemeriksaan mendapati bungkusan tersebut disyaki mengandungi dadah jenis Methamphetamine. Jumlah keseluruhan barang kes adalah 71.719 kilogram yang dianggarkan bernilai RM2,295,008,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi kes kedua pula, JKDM Sabah menyita satu bungkusan di Pos Aviation Kota Kinabalu pada 1 Mac lepas.

“Hasil pemeriksaan mendapati bungkusan tersebut mengandungi barangan yang disyaki dadah jenis Ketamin. Jumlah keseluruhan barang kes adalah 434 gram yang dianggarkan bernilai RM86,800,” katanya.

Saidin turut memaklumkan bahawa rampasan ketiga dilakukan dalam satu operasi yang dilaksanakan antara 31 Jan hingga 28 Feb lepas. Dalam operasi tersebut, pasukan operasi merampas empat bungkusan di premis Mas Kargo, Kota Kinabalu, Sabah.

“Hasil pemeriksaan mendapati bungkusan tersebut mengandungi barangan yang disyaki dadah jenis Ganja. Jumlah keseluruhan barang kes adalah 15.357 kilogram yang dianggarkan bernilai RM47,606.70,” tambahnya.

Beliau berkata kesemua kes tersebut masih dalam siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan