Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Kelab Sukan, Rekreasi dan Kebajikan Kakitangan LCDA (LAKSAMANA) Wan Alam Shah Wan Asnawi menyerahkan sumbangan kepada penerima. Foto LCDA

LCDA bantu insan memerlukan

ByMahathir Haroun

KUCHING, 21 Apr: Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) meneruskan usaha membantu golongan yang memerlukan melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) LCDA Prihatin 2025.

Baru-baru ini, LCDA menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Rumah Panjang Lapie, Ulu Sebauh dan Rumah Panjang Sungai Beji, Sebauh di Bintulu.

LCDA Prihatin yang bertemakan From the Community, To the Community merupakan inisiatif tahunan di bawah program CSR sebagai komitmen berterusan LCDA dalam menyokong prinsip Environmental, Social and Governance (ESG).

Program terebut memberi fokus utama kepada aspek sosial dan kesejahteraan komuniti serta memberi impak positif yang signifikan kepada masyarakat setempat.

Sebagai tanda keprihatinan, LCDA mengambil inisiatif dengan membantu meringankan beban mangsa kebakaran di kedua-dua buah Rumah Panjang dengan menyampaikan sumbangan wang keseluruhan berjumlah RM15,000.00, pakaian, makanan dan barangan keperluan harian.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Presiden Kelab Sukan, Rekreasi dan Kebajikan Kakitangan LCDA (LAKSAMANA) Wan Alam Shah Wan Asnawi yang mewakili LCDA.

Turut hadir Pegawai LCDA Agri Business Sdn Bhd (LABSB), Kisong Din.-TVS

Tags: bantu, CSR, lcda

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan