Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kampung Tanjung Bundong Tradisi membawa pulang wang tunai RM5,000, trofi kejuaraan dan sijil penyertaan selepas diumumkan menjuarai Pertandingan Bertuntung Sempena Sambutan Aidilfitri Peringkat Daerah Samarahan 2025. Foto Pusat Khidmat Parlimen P197 Kota Samarahan

Kampung Tanjung Bundong Tradisi juara pertandingan bertuntung, raih RM5,000

KOTA SAMARAHAN, 21 April: Kampung Tanjung Bundong Tradisi membawa pulang wang tunai RM5,000, trofi kejuaraan dan sijil penyertaan selepas diumumkan menjuarai Pertandingan Bertuntung Sempena Sambutan Aidilfitri Peringkat Daerah Samarahan 2025.

Kampung Mang dan Kampung Stakan Melayu masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga, dengan hadiah wang tunai RM3,000 dan RM2,000 manakala Kampung Meranek Tradisi, Kampung Tanjung Parang dan Kampung Baru Samarahan turut menerima hadiah saguhati.

Majlis pengumuman pemenang telah diadakan semasa Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2025/1446H Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang di Dewan Suarah Kota Samarahan, semalam.

Penyampaian hadiah kepada pemenang disampaikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang turut bersama-sama masyarakat di majlis itu.

Pertandingan berlangsung dari 15 hingga 20 Mac 2025 itu merupakan anjuran Pejabat Daerah Samarahan dengan kerjasama Pusat Khidmat P197 Kota Samarahan, Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) dan Pejabat KEMAS Samarahan.

Sebanyak 12 kampung menyertai pertandingan yang bertujuan menghidupkan kembali tradisi menyalakan pelita (bertuntung) di sepanjang jalan kampung menjelang sambutan Aidilfitri.

Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan hubungan kejiranan dan memupuk semangat cintakan warisan.

Panel juri terdiri daripada wakil Pejabat Daerah Samarahan, Pusat Khidmat P197, MPKS, dan Pejabat KEMAS Samarahan menilai berdasarkan empat kriteria utama merangkumi kreativiti, kebersihan, penglibatan komuniti dan pemeliharaan elemen tradisi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan