ROME, 21 April: Paus Francis menerima kunjungan hormat Naib Presiden Amerika Syarikat JD Vance pada pagi Ahad Easter, menurut jurucakap Vatican, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Tiada butiran lanjut didedahkan mengenai pertemuan itu yang berlangsung di Domus Sanctae Martae (Rumah Saint Martha), kediaman Paus sejak beliau keluar dari hospital kira-kira empat minggu lepas.
Vance, yang ditemani isteri dan anak-anak, turut mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara Vatican, Kardinal Pietro Parolin pada Sabtu. Naib Presiden AS itu memeluk agama Katolik pada 2019. -TVS