Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Ibrahim Baki berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Zon Dua DUN Satok di Kuching pada Ahad. Foto TVS

RM1.3 juta untuk projek naik taraf kampung sekitar DUN Satok

KUCHING, 21 April: Sejumlah RM1.3 juta diperuntukkan bagi kerja-kerja menaik taraf fasiliti serta infrastruktur empat buah kampung serta sekitarnya di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok.

Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan PETROS) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki berkata, kerja-kerja menaik taraf ini adalah untuk memastikan warga Kampung No.3, No.4, No.5 dan No.6 menikmati keselesaan dalam menjalankan urusan seharian serta penganjuran pelbagai acara yang melibatkan kawasan DUN Satok itu.

“Untuk Kampung No.4, saya meluluskan sejumlah RM340,000 untuk membaik pulih Dewan Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang ini.

“Sementara bagi Kampung No.3, kita menyalurkan dana sejumlah RM360,000 untuk membaik pulih sistem perparitan,” katanya.

“Sejumlah RM230,000 pula diperuntukkan kepada Kampung No.5 bagi kerja-kerja membuat ‘ramp’ atau tanjakan di Sungai Lajim, selain menyediakan jalan akses dan menaik taraf sistem perparitan di kawasan kampung tersebut.

“Bagi Kampung No.6 pula, kita akan membina sistem perparitan dan menurap jalan-jalan di lorong kampung itu, dan kos yang diluluskan adalah sebanyak RM270,000, manakala baki RM100,000 lagi akan digunakan untuk projek-projek lain yang bakal dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Zon Dua DUN Satok di Kuching pada Ahad.

Ibrahim yang juga merupakan Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) turut menyeru agar semangat kekeluargaan sesama warga terutama di bawah DUN Satok dipereratkan serta sentiasa bekerjasama bagi memastikan kemajuan holistik warga kampung di Zon Dua DUN Satok itu.

Seramai lebih 500 warga Kampung No.3, No.4, No.5 dan No.6 hadir memeriahkan majlis ramah tamah yang dianjurkan di Dewan Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan