Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Kematian kucing di Unimas tiada unsur penganiayaan

KUCHING, 20 April: Kematian seekor anak kucing di kampus Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) tiada unsur penganiayaan oleh manusia.

Bahagian Komunikasi Korporat Unimas memaklumkan bahawa pengesahan itu adalah susulan siasatan dijalankan pihak universiti.

“Siasatan lanjut telah dijalankan oleh Bahagian Keselamatan UNIMAS yang merangkumi proses siasatan temubual bersama saksi-saksi kejadian, rakaman cctv, video dan gambar-gambar di lokasi kejadian,” kata kenyataan itu, hari ini.

Terdahulu, Unimas melalui Bahagian Keselamatan menerima laporan dari warga kampus pada 18 April 2025 berkenaan dengan kematian seekor anak kucing di dalam kawasan Kolej Kediaman Allamanda.

Sehubungan itu, pihak universiti menyeru warga kampus untuk terus bekerjasama dan memberikan perhatian berterusan kepada keberadaan haiwan terbiar di dalam kampus untuk memastikan kebajikan haiwan yang juga merupakan sebahagian dari warga kampus
lestari Unimas agar terus dijaga.

“Kampus Unimas merupakan sebuah kampus mesa haiwan dan pihak universiti sentiasa komited kepada nilai-nilai prihatin, perlindungan dan tanggungjawab sosial di dalam memastikan kebajikan dan keselamatan haiwan-haiwan terbiar di dalam kampus untuk terus diberikan perhatian dan perlindungan sewajarnya,” kata kenyataan itu lagi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan