Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nancy ketika ditemui pemberita sebentar tadi. Foto TVS

Pantau telefon bimbit, tegas didik anak

LUNDU, 20 Apr: Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian dan sahsiah anak di rumah.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, nilai kekeluargaan yang baik dan positif harus diterapkan di hadapan anak-anak.

Menurutnya, sebagai penjaga, ibu bapa menjadi contoh kepada anak dengan menunjukkan kelakukan baik dan tutur bahasa sopan.

“Kita (ibu bapa) perlu memantau perkembangan anak-anak dengan mengambil tahu perkembangan semasa mereka.

“Walaupun kita tidak suka nak ambil tahu hal orang (anak) tetapi pada masa ini untuk mengambil tahu, ia menjadi satu kemestian supaya kita tahu apakah aktiviti anak-anak kalau mereka berada di rumah atau di luar rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui pemberita pada program Seminar Kenegaraan Malaysia Madani anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Sarawak yang berlangsung di Lundu pada Ahad.

Pada masa sama, Nancy mahu ibu bapa tegas dan memantau telefon bimbit anak selepas media tempatan melaporkan mengenai penemuan video seksual anak seorang anggota polis berusia 14 tahun bersama-sama seorang remaja lelaki.

“Di rumah kalau terlalu asyik dengan handphone (telefon bimbit) itulah menjadi satu cabaran bagi ibu bapa untuk menangani masalah ini dan kita perlu berlaku,” ujarnya.

Hadir sama Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan, Dato Dr Roslan Hussin-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan