Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ahli Parlimen Kota Samarahan Datuk Rubiah Wang di Dewan Suarah Kota Samarahan. Foto Nadim Bokhari (TVS)

5,000 tetamu hadiri rumah terbuka Rubiah Wang

ByAhmad Burhanuddin

KOTA SAMARAHAN, 20 Apr: Lebih 5,000 tetamu daripada pelbagai lapisan masyarakat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kota Samarahan anjuran Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang.

Majlis yang berlangsung di Dewan Suarah Kota Samarahan itu turut diserikan dengan kehadiran Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Pada majlis itu, pelbagai juadah tradisional hari raya disediakan hasil kerjasama agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Majlis turut dimeriahkan dengan sesi penyampaian hadiah bagi Program Pertandingan Bertuntung sempena sambutan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri peringkat Daerah Samarahan yang disampaikan oleh Abang Johari.

Kampung Tanjung Bundong Tradisi dinobatkan sebagai juara pertandingan tersebut sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 berserta sijil penyertaan.

Tempat kedua dimenangi Kampung Mang Tradisi yang menerima RM3,000, manakala tempat ketiga milik Kampung Stakan Melayu dengan hadiah RM2,000.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian serta Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan