Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Operasi rumit untuk mengangkat sebuah kapal pesiar mewah yang karam di perairan Sicily ditangguhkan selama seminggu akibat keadaan cuaca buruk. Foto AFP

Kerja menyelamat kapal pesiar tenggelam di perairan Sicily ditangguh susulan cuaca buruk

ByBernama

ROM, 19 April: Operasi rumit untuk mengangkat sebuah kapal pesiar mewah yang karam di perairan Sicily ditangguhkan selama seminggu akibat keadaan cuaca buruk, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Pihak berkuasa tempatan memaklumkan pada Sabtu bahawa usaha menyelamat dijangka bermula pada 27 April.

Kapal seberat 473 tan itu tenggelam berhampiran pelabuhan kecil Porticello pada Ogos tahun lepas dan mengorbankan tujuh nyawa.

Walaupun dipromosikan sebagai kapal “tidak boleh tenggelam”, kapal pesiar sepanjang 56 meter yang dinamakan Bayesian karam ketika ribut melanda, mencetuskan spekulasi berterusan mengenai punca tragedi itu.

Antara mangsa ialah bilionair perisian Britain Mike Lynch, 59, anak perempuannya yang berusia 18 tahun, dua pasangan sahabat keluarga, dan tukang masak kapal itu. Semua kru lain terselamat.

Bayesian, yang dianggarkan bernilai puluhan juta dolar, merupakan antara kapal pesiar menggunakan layar yang terbesar di dunia dan mempunyai tiang layar setinggi 75 meter yang akan dibiarkan di dasar laut.

Siasatan jenayah sedang dijalankan.

Pihak pendakwa berharap proses mengangkat bangkai kapal itu akan membantu mengenal pasti punca kejadian.

Kapten warga New Zealand dan dua kru kapal sedang disiasat atas dakwaan mengabaikan amaran ribut serta meninggalkan penumpang dalam keadaan panik. Namun, penyiasat juga sedang meneliti kemungkinan kegagalan daripada pihak pembuat kapal Itali yang membinanya.

Kapal pesiar itu dibina 17 tahun lepas oleh limbungan kapal terkenal Perini Navi, yang kini dimiliki oleh syarikat tersenarai awam Sea Group.

Operasi menyelamat dijangka berlarutan sehingga pertengahan Mei. Bangkai kapal akan dibawa ke pelabuhan Termini Imerese berhampiran Palermo.

Kos operasi ditanggung oleh syarikat pemilik kapal, yang kini di bawah pengurusan balu Lynch. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan