Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis anjuran Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri. Foto TVS

PM Anwar semarakkan Ramah Tamah Aidilfitri di Wisma Sabati

ByAkma Salleh

KUCHING, 19 April: Lebih 3,000 tetamu memeriahkan Majlis Ramah Tamah Mesra Aidilfitri yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Wisma Sabati hari ini.

Anwar turut diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof hadir pada majlis anjuran Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri, di sini.

Majlis juga diserikan dengan barisan kepimpinan tertinggi Sarawak, iaitu Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama tiga Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Pada majlis itu, Anwar turut berkesempatan meluangkan masa melawat reruai-reruai juadah sambil beramah mesra dengan para tetamu.

Majlis ini bukan sekadar sambutan Aidilfitri, malah menjadi medan penting mempererat hubungan antara kerajaan Persekutuan dan negeri Sarawak, di samping menyemai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan