Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sophie, seekor kucing telah dipegang oleh seorang ahli pasukan media Rumah Putih selepas kucing itu berjaya melepasi pagar keselamatan dan memasuki kawasan Rumah Putih di Washington. Foto media sosial

Kucing sesat hingga ke bilik taklimat Rumah Putih, tarik perhatian media

ByBernama

WASHINGTON, 19 April: Seekor kucing menarik perhatian media apabila ia “menceroboh” kawasan utara Rumah Putih yang dikawal ketat di Washington pada Jumaat.

Kehadiran haiwan peliharaan berwarna kelabu dan bermata hijau itu, dikenali sebagai Sophie, dirakam para wartawan dan dikongsi di media sosial.

Dengan bantuan kakitangan Rumah Putih, pemilik Sophie akhirnya berjaya dikenal pasti.

Kucing itu bahkan sempat berada seketika di dalam bilik taklimat yang terkenal, lokasi para wartawan lazimnya mengajukan soalan kepada jurucakap Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Karoline Leavitt, lapor agensi berita Jerman dpa.

Seorang wartawan di platform X memaklumkan penemuan itu serta menjelaskan bahawa Sophie memakai kolar dan berkemungkinan dilengkapi peranti penjejak ‘Airtag’ — alat kecil yang membolehkan lokasi haiwan atau objek dikesan menerusi telefon pintar.

Dalam sebuah video, seorang wartawan dilihat mendukung Sophie sambil bergurau bahawa kucing itu “mungkin membawa peranti pendengaran.”

Sophie akhirnya berjaya dipulangkan kepada pemiliknya.

Kawasan sekitar Rumah Putih merupakan antara lokasi paling ketat kawalan keselamatannya di dunia.

Perkhidmatan Rahsia AS (Secret Service) memantau setiap pergerakan, dibantu kamera dan penghadang keselamatan yang beroperasi sepanjang masa.

Namun baru-baru ini, seorang kanak-kanak kecil tersesat, dipercayai merangkak melalui pagar Rumah Putih tanpa disedari.

Dia segera dipulangkan kepada ibu bapanya oleh pihak keselamatan.

-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan