Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Peringatan Sedunia Peringkat Negeri 2025 Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Cawangan Sarawak. Foto Ezzany (TVS)

Pandu Puteri terus perkasa kepimpinan wanita muda

ByAsmah Adenan

KUCHING, 19 April: Seramai 200 ahli Pandu Puteri hari ini meraikan Majlis Sambutan Hari Peringatan Sedunia Peringkat Negeri 2025 Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Cawangan Sarawak di Hotel Sheraton.

Majlis yang disempurnakan oleh penaungnya, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi diraikan dalam suasana yang meriah dengan pelbagai persembahan dari ahli-ahli Pandu Puteri dari beberapa sekolah antaranya SMK St Mary, SMK St Teresa, SK Matu Baru dan SMK Matang Jaya.

Yang Dipertua Cawangan Sarawak, Dato Dayang Morliah Datuk Awang Daud berkata, PPPM meraikan Hari Peringatan Sedunia atau World Thinking Day pada 22 Februari setiap tahun bagi memperingati jasa pengasas Persatuan Pandu Puteri, Lady Olave Baden-Powell serta memperingati penubuhan Persatuan Pandu Puteri.

“Dengan tema tahun ini ‘Reflecting the symbolism and values of our Movement’ mengingatkan para Pandu Puteri akan tanggungjawab mereka untuk terus memartabatkan kepimpinan wanita muda, memperkukuhkan semangat perpaduan dan memberi inspirasi kepada generasi akan datang.

“Sama ada dekat atau jauh, kita dihubungkan dengan janji, nilai dan impian yang sama untuk visi sebuah dunia yang akan memperkuasakan gadis dan wanita muda,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Sambutan Hari Peringatan Sedunia Peringkat Negeri 2025, di sini, hari ini.

Selain itu, katanya, Persatuan Pandu Puteri juga merancang aktiviti yang mengikut keadaan semasa apakah isu semasa yang terjadi bagi memberi kesedaran kepada anak-anak supaya dapat menghadapi dunia yang lebih nyata.

“Kita juga diajar untuk menerapkan nilai-nilai murni serta semangat kepimpinan yang tinggi.

“Di samping mempunyai sifat-sifat kepimpinan dan nilai-nilai yang murni, kita lihat dalam Pandu Puteri kebanyakannya kita diajar untuk belajar tentang kemahiran-kemahiran hidup,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih terhadap keprihatinan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi serta sokongan yang diberikan terutamanya kepada para pemimpin di semua peringkat untuk lebih aktif dalam menjalankan pelbagai aktiviti. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan