Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beberapa wilayah di utara Itali terjejas teruk akibat hujan lebat, termasuk Piedmont, South Tyrol dan Lombardy. Foto AFP

Tiga maut selepas hujan lebat di Itali, salji landa Switzerland

ByBernama

ROM, 19 April: Sekurang-kurangnya tiga maut di utara Itali selepas hujan lebat, menurut pihak berkuasa pada Jumaat, manakala salji tebal turut menyebabkan gangguan di negara jiran, Switzerland, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Beberapa wilayah di utara Itali terjejas teruk akibat hujan lebat, termasuk Piedmont, South Tyrol dan Lombardy.

Seorang bapa dan anak lelaki maut selepas kereta mereka dihanyutkan arus deras banjir berhampiran Valdagno, yang terletak antara Venice dan Tasik Garda.
Seorang lelaki berusia 92 tahun pula ditemui meninggal dunia di rumahnya berhampiran Turin pada Khamis.

Keadaan dijangka kembali reda pada Jumaat, namun beberapa sungai dengan paras air yang melimpah, menyebabkan banjir di beberapa kawasan.
Puluhan mangsa telah diselamatkan pasukan kecemasan, manakala bekalan elektrik terputus di beberapa kawasan.

Wilayah Piedmont telah menyalurkan bantuan kecemasan berjumlah €5 juta (US$5.7 juta).

Kejadian hujan lebat itu turut menjejaskan sistem pengangkutan menjelang hujung minggu sambutan Easter, dengan laluan antara Austria, Itali dan Switzerland mengalami kelewatan.

Di Switzerland, beberapa kawasan terputus hubungan akibat salji tebal, termasuk pusat peranginan ski terkenal, Zermatt, yang terputus hubungan dan banyak kawasan dilaporkan terputus bekalan elektrik.

Beberapa laluan penting seperti Laluan Simplon dan Terowong Great St Bernard masih ditutup, menurut pihak berkuasa.

Risiko runtuhan salji di semua altitud serta bahaya pokok tumbang turut dilaporkan berada pada tahap sangat tinggi.

Lebih setengah meter salji baharu dilaporkan melanda rantau berkenaan pada Khamis. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan