Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr. Ngian Hie Ung (kiri pertama) sampaikan cenderamata kepada Datuk Seri Fadillah Yusof. Turut kelihatan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian. Foto Muqri Aziz (TVS)

Kerajaan Persekutuan lulus RM3 juta untuk tambah baik Hospital Umum Sarawak

ByMuqri Aziz

KUCHING, 18 April: Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan RM3 juta bagi menambah baik fasiliti di Hospital Umum Sarawak (HUS), dedah Datuk Seri Fadillah Yusuf.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata peruntukan tersebut disalurkan selepas menerima permohonan daripada pihak HUS yang bertujuan untuk meningkatkan keselesaan pesakit serta keluarga mereka yang menerima rawatan di hospital berkenaan.

“Mereka telah memohon sejumlah RM3 juta, di mana sebahagian daripada peruntukan itu adalah bagi kerja-kerja penambahbaikan fizikal hospital, manakala selebihnya untuk perolehan aset.

“Bukan itu sahaja, peruntukan sebanyak RM150,000 juga diluluskan untuk Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia untuk dana bagi pesakit B40 untuk memberikan bantuan untuk membeli peralatan yang diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Speta Beraya 2025 anjuran Hospital Umum Sarawak (HUS) di Dewan Majma’ Tunku Abdul Halim Mu’adzam Shah di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Sarawak Dr. Azlee Ayub serta Pengarah HUS Dr. Ngian Hie Ung.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa kerajaan pusat turut menyalurkan bantuan bagi menyiapkan pembinaan masjid di HUS, walaupun Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan sebanyak RM6.5 juta untuk projek tersebut.

Mengulas mengenai cadangan agar kuarters lama jururawat di Kuching tidak dirobohkan, Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, tapak tersebut akan dibangunkan sebagai Anjung Kasih.

Tambahnya, keputusan itu dibuat setelah mendapat persetujuan daripada Kerajaan Sarawak bersama pihak HUS untuk mengalih kolam tadahan banjir yang terletak di kawasan tersebut ke lokasi lain.

“Bangunan baharu itu kelak akan dijadikan Anjung Kasih bagi kegunaan pesakit serta ahli keluarga mereka untuk menginap sementara menjaga pesakit yang menerima rawatan di hospital.

“Inilah hadiah kepada warga HUS sempena sambutan Aidilfitri, sebagai penghargaan kepada mereka yang terus berjuang demi kesihatan rakyat Sarawak,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar warga kerja HUS terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan