Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pada Majlis Penyerahan Smartboard dan Pengisytiharan Pencapaian 100 Peratus Penajaan Smartboard Bagi Sekolah-Sekolah Negeri Pulau Pinang di Sekolah Menengah Kebangsaan Bayan Lepas di sini hari ini. Foto TVS

KPM sasarkan semua sekolah dilengkapi ‘smartboard’ menjelang 2027

BAYAN LEPAS, 18 April: Kementerian Pendidikan (KPM) menyasarkan untuk memperluaskan penggunaan peranti ‘smartboard’ ke semua sekolah di seluruh negara menjelang 2027.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, usaha mempertingkatkan penggunaan alat peranti interaktif itu adalah penting dalam menyokong Kurikulum Persekolahan Baharu untuk membantu dalam sesi pengajaran di bilik darjah.

Katanya, penggunaan teknologi berasaskan skrin sentuh dan papan tulis interaktif itu adalah selari dengan perkembangan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) dunia.

“Antara maklum balas daripada guru adalah konsep interaktif ini sangat penting kerana ia melibatkan penglibatan, potensi, dan partisipasi murid di dalam kelas.

“Apabila guru menggunakan ‘smartboard’ ini, kita dapat lihat bahawa penggunaan pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) sangat aktif dan digunakan secara maksimum oleh para guru di dalam bilik darjah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Smartboard dan Pengisytiharan Pencapaian 100 Peratus Penajaan Smartboard Bagi Sekolah-Sekolah Negeri Pulau Pinang di Sekolah Menengah Kebangsaan Bayan Lepas di sini hari ini.

Ujar beliau lagi, bagi sekolah yang belum mempunyai kemudahan ‘smartboard’, peranti itu boleh digunakan di pusat-pusat kegiatan guru di seluruh negara yang telah dinaik taraf menjadi hub AI dan digital.

“Ketika ini, Pulau Pinang adalah negeri yang pertama di Malaysia yang keseluruhan sekolahnya telah dilengkapi dengan ‘smartboard’, yang sebahagiannya disumbangkan oleh wakil rakyat dan syarikat swasta,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan