Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jumlah mangsa banjir di Johor menurun, Sabah kekal. Foto Fail TVS

Jumlah mangsa banjir di Johor menurun, Sabah kekal

ByBernama

KUALA LUMPUR, 18 April: Situasi banjir di Johor semakin pulih dengan jumlah mangsa menurun kepada 37 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 41 orang direkodkan semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata kesemua mangsa daripada 11 keluarga masih ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Balai Raya Kampung Batu Badak, Segamat.

“Kawasan yang masih terjejas adalah Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu 5 Jalan Muar. Selain itu, cuaca di semua 10 daerah pada pagi ini diramalkan cerah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Di SABAH, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir di negeri itu kekal 155 orang daripada 54 keluarga di pusat pemindahan kekal (PPK) Selagon, Beaufort pada pagi ini.

“Enam kampung masih terjejas banjir di Beaufort dan trend pemindahan kekal,” menurut sekretariat itu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan