Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis Ramah Aidilfitri Pentadbiran Bahagian Samarahan disambut meriah malam tadi dan dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki

Ramah-tamah Aidilfitri perkukuh hubungan

ByLuqman Muhammad

KOTA SAMARAHAN, 18 Apr: Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Pentadbiran Bahagian Samarahan disambut meriah malam tadi dan dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan isteri Datin Amar Baduyah Bujang.

Selain itu, majlis tersebut turut dihadiri sekitar 500 tetamu merangkumi warga kerja pelbagai agensi kerajaan di bawah pentadbiran Bahagian Samarahan.

Majlis tersebut sudah pasti menjadi peluang kepada tetamu yang hadir untuk mengeratkan silaturahim dan suasana Aidilfitri dengan penuh keceriaan.

Sebanyak 16 reruai makanan disediakan yang menyediakan pelbagai hidangan tradisional dan moden seperti lemang, ketupat, rendang, kuih dan juadah pencuci mulut.

Lebih menarik lagi, majlis sama turut meraikan 20 anak asnaf dengan menyampaikan sumbangan duit raya disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan