Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Cassidy Morris menerima pelantikan sebagai Profesor Adjung Universiti Teknologi Sarawak, hari ini. Foto JKR Sarawak

Dr Cassidy dilantik sebagai Profesor Adjung Universiti Teknologi Sarawak

BySaibi Gi

SIBU, 17 April: Pengarah Kerja Raya Sarawak Dr Cassidy Morris, Pengarah Kerja Raya Sarawak dilantik sebagai Profesor Adjung di Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Sibu, hari ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan bahawa pelantikan itu disempurnakan dalam satu majlis penuh berprestij.

“UTS telah berbesar hati menganugerahkan pelantikan Profesor Adjung kepada Dr Cassidy sebagai tanda penghormatan dan pengiktirafan terhadap kepakaran, pengalaman luas serta sumbangan signifikan beliau dalam bidang kejuruteraan, kepimpinan strategik dan pembangunan infrastruktur di Sarawak,” kata kenyataan itu.

Pelantikan ini sekali gus mencerminkan komitmen UTS untuk memperkukuh jaringan kerjasama dengan tokoh profesional terkemuka dalam usaha memperkasa pendidikan tinggi serta membangunkan bakat generasi muda, khususnya dalam bidang pembinaan dan teknologi kejuruteraan.

Dalam ucapannya, Dr Cassidy telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak UTS atas kepercayaan yang diberikan.

Beliau turut menegaskan komitmen untuk berkongsi pengalaman, membimbing pelajar, serta mempererat hubungan antara dunia akademik dan industri.

Selain itu, beliau menyeru para pelajar untuk membina karakter unggul, berintegriti, dan sentiasa bersedia menjadi agen perubahan progresif demi masa depan negara, kata kenyataan itu.

“Majlis ini menjadi simbolik kepada usaha berterusan untuk membina jalinan erat antara sektor awam, industri, dan institusi pendidikan dalam melahirkan graduan yang holistik, berkualiti tinggi serta berdaya saing di peringkat global,” katanya. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan