Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kementerian Ekonomi sepakat menubuhkan satu pasukan khas bagi memantau projek yang diluluskan di peringkat negeri dan daerah. Foto fail Bernama

SPRM, Kementerian Ekonomi tubuh pasukan khas pantau projek negeri, daerah

ByBernama

PUTRAJAYA, 17 April: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kementerian Ekonomi sepakat menubuhkan satu pasukan khas bagi memantau projek yang diluluskan di peringkat negeri dan daerah.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan kedua-dua pihak akan bertukar maklumat berhubung jumlah peruntukan yang diluluskan kementerian berkenaan.
“Ia termasuk menjalankan pemeriksaan mengejut dan siasatan kes rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan pelaksanaan projek yang telah diluluskan,” menurut kenyataan itu.

Pasukan khas berkenaan juga akan mengenal pasti kelemahan yang wujud dalam Tatacara Pelaksanaan dan menambah baik prosedur operasi standard ke arah pengurusan tatakelola dalam penentuan serta penyaluran bajet, pemantauan dan pelaksanaan projek dengan lebih berkesan.

Kenyataan itu turut memaklumkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengalu-alukan keseriusan dan keterbukaan Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli dalam memastikan ketelusan bagi mengekang ketirisan projek yang diluluskan kementerian itu, dan langkah berkenaan wajar dicontohi oleh kementerian dan agensi lain. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan