Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hospital Miri berjaya melaksanakan pembedahan pendermaan organ melibatkan seorang pesakit lelaki berusia 43 tahun yang telah meninggal dunia. Foto Miri Hospital - Official (FB)

Hospital Miri laksana pembedahan pendermaan organ kelima

MIRI, 17 April: Hospital Miri berjaya melaksanakan pembedahan pendermaan organ melibatkan seorang pesakit lelaki berusia 43 tahun yang telah meninggal dunia.
Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Hospital Miri, mendiang merupakan pengikrar penderma organ berdaftar sejak 2014.

“Hasrat mulianya kini menjadi kenyataan. Beliau telah menghadiahkan buah pinggangnya kepada pesakit memerlukan,” menurut hantaran itu.
Pembedahan itu adalah pembedahan pemindahan organ pertama di Sarawak untuk tahun ini dan yang kelima di Hospital Miri.

Pembedahan itu dikendalikan oleh pakar bedah Hospital Umum Sarawak Dr Aaron Goh dan Dr Kamal Raj yang dibantu oleh pasukan Pusat Sumber Transplan Nasional terdiri daripada Dr Engku Emilia Engku Awang, SN Mohammad Aliff Abdullah serta dua jururawat urologi iaitu Siti Zulaikha Md Sidek dan Liz Estevera Gabin.

Turut terlibat Dr Uma Devi Ramadass dari Unit Perolehan Organ Hospital Hospital Umum Sarawak dan pasukan ‘Top Team’ Hospital Miri.

Hospital Miri turut merakamkan ucapan takziah dan penghargaan kepada isteri serta keluarga mendiang atas keputusan berani dan penuh keikhlasan membenarkan organ mendiang didermakan.

“Keputusan besar ini merupakan lambang cinta dan kasih sayang mendalam serta keinginan untuk memberikan harapan dan kehidupan baharu kepada orang lain,” menurut hantaran itu.

Tindakan itu juga mendapat perhatian ramai warganet yang memberikan penghormatan dan penghargaan kepada mendiang serta keluarganya pada ruangan komen hantaran tersebut.

Pemilik akaun Catherine Paul Rosli berkata: “Setinggi-tinggi penghargaan dan penghormatan kepada beliau dan keluarganya. Semoga rohnya bersemadi dengan tenang, mengetahui nyawa seseorang diselamatkan.”

Seorang lagi, Iqbal Abdollah pula menulis: “Penghormatan tertinggi. Memberikan kehidupan baharu kepada insan lain. Salute dan semoga roh anda berehat dengan tenang.” -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan