Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka "Rindok Raya" Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA). Foto Faitullah Morni (TVS)

Calon pengerusi Affin Bank dikenal pasti

ByConnie Grace

KUCHING, 17 Apr: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memaklumkan calon bagi jawatan pengerusi Affin Bank dikenal pasti namun keputusan akhir masih tertakluk kepada prosedur ditetapkan Bank Negara Malaysia.

Menurutnya, walaupun calon sudah ada, mereka perlu mengikuti prosedur jelas sebelum sebarang pelantikan rasmi dapat dilakukan.

“Calonnya ada, tetapi kita masih perlu mengikut prosedur daripada Bank Negara,” katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka “Rindok Raya” Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA).

Selain itu, beliau berkata, walaupun prosedur pengurusan sedang berjalan, Affin Bank berfungsi dengan baik dan tidak berdepan masalah besar dalam urusan harian bank.

Bagaimanapun menurutnya, kerjasama dengan pihak luar termasuk Kerajaan Sarawak memerlukan pertimbangan  Bank Negara sebelum sebarang keputusan boleh dibuat.

“Jika ada pihak lain yang ingin bekerjasama dengan Affin Bank atau Kerajaan Sarawak, kami akan lihat perkara ini dengan lebih lanjut. Sekiranya ada kerjasama yang perlu dijalankan, kalau ada pihak luar berminat, kita akan pertimbangkan,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan