Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) bersalaman dengan Presiden China Xi Jinping pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) sempena Lawatan Negara Presiden China ke Malaysia di Kompleks Seri Perdana, pada Rabu. Foto Bernama

China hargai peranan penting Malaysia promosi kerjasama ASEAN-China

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 17 April: China mengiktiraf peranan penting Malaysia mempromosikan kerjasama ASEAN dengan negara itu serta memberikan sokongan penuh kepada Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.

Sokongan itu dinyatakan menerusi kenyataan bersama yang dikeluarkan sempena Lawatan Negara Presiden China, Xi Jinping selama tiga hari ke Malaysia berakhir hari ini.

Menurut kenyatan itu, kedua-dua negara menegaskan semula komitmen kepada prinsip dan nilai ASEAN seperti yang termaktub dalam Piagam ASEAN dan Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC).

“Kedua-dua pihak pada masa sama berpegang pada Kepusatan ASEAN, menyokong (peranan) ASEAN dalam mengukuhkan mekanisme pimpinan untuk mempromosi struktur serantau yang terbuka, inklusif, aman, stabil dan kondusif untuk pembangunan, pertumbuhan dan kemakmuran wilayah,” menurut kenyataan.

Sementara itu, China juga memuji sumbangan Malaysia dalam Dialog Hubungan ASEAN-China serta bersetuju untuk melaksanakan Kenyataan Bersama Sidang Kemuncak Khas ASEAN-China bagi memperingati ulang tahun-30 hubungan ASEAN-China.

Kedua-dua negara menekankan kepentingan menyelesaikan pertikaian melalui cara damai, mematuhi undang-undang antarabangsa, termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut 1982 (UNCLOS).

Pada masa sama Putrajaya dan Beijing turut menekankan keperluan semua pihak untuk bersikap menahan diri dan mengelakkan tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan di rantau ini.

Kenyataan itu juga menegaskan, penglibatan pihak yang tidak berkaitan secara langsung boleh menjadi tidak produktif kepada usaha tersebut.

Kedua-dua negara turut memberi jaminan mahu bekerjasama dengan negara-negara anggota ASEAN lain bagi melaksanakan sepenuhnya Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC).

Kenyataan Bersama itu menyusul sejurus Jinping hari ini berlepas ke Kemboja selepas menamatkan lawatan negara selama tiga hari ke Malaysia.

Pesawat Air China yang membawa Xi dan delegasinya berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 10.04 pagi.

Lawatan ini merupakan kunjungan rasmi kedua Xi ke Malaysia dalam tempoh 12 tahun, selepas lawatan pertamanya pada 2013 yang menyaksikan kedua-dua negara menaik taraf hubungan diplomatik kepada Perkongsian Strategik Komprehensif. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan