Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Ibu Bapa Harus Tunjuk Keyakinan Terhadap Penerimaan Vaksin – STU

KUCHING: Pemberian suntikan vaksin kumpulan pertama bagi 379 pelajar sekolah di Sarawak, disambut baik dengan sikap positif daripada golongan ibu bapa, menurut Kesatuan Guru Sarawak (STU).

Presidennya, Adam Prakash berharap ibu bapa akan terus memberikan keyakinan sepenuhnya kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat dan selamat lebih-lebih lagi apabila sesi persekolahan dibuka nanti.

“Kesatuan Guru Sarawak menerima laporan yang cukup menggembirakan hari ini daripada bahagian-bahagian yang melaporkan bahawa sambutan terhadap vaksin nampak agak baik dan sambutan dari ibu bapa juga menunjukkan sifat-sifat yang positif ke arah membawa anak-anak mereka untuk proses vaksinasi Covid -19 pada hari ini, STU berharap ibu bapa terus positif dan memberi keyakinan kepada anak-anak dan menaruh kepercayaan kepada pihak kementerian kesihatan dan juga SDMC dan juga Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak sempena peembukaan sekolah menjelang Oktober nanti.” katanya ketika dihubungi TVS pada Rabu.

Jelasnya lagi, ibu bapa harus memberikan sokongan terhadap anak-anak serta pihak sekolah, sekaligus mewujudkan kesedaran betapa pentingnya penerimaan vaksin bagi anak-anak untuk dilindungi.

“Penghargaan kepada ibu bapa kerana memahami situasi untuk anak-anak ini perlu diberi vaksin dan tidak terlalu risau tentang penerimaan vaksin ini.” katanya lagi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan