Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak berjaya menumpaskan aktiviti sindiket pengedaran dadah berbahaya pil ekstasi seberat 7,072 gram dan ketamin seberat 1,012 gram dianggarkan bernilai RM1,231,624 di Miri pada 14 Mac lalu. Foto Kastam Sarawak

Kastam Sarawak gagalkan sindiket dadah bernilai RM1.2 juta di Miri

KUCHING, 16 April: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak berjaya menumpaskan aktiviti sindiket pengedaran dadah berbahaya pil ekstasi seberat 7,072 gram dan ketamin seberat 1,012 gram dianggarkan bernilai RM1,231,624 di Miri pada 14 Mac lalu.

Pengarah Kastam Sarawak, Norizan Yahya berkata, dalam kes pertama pihaknya merampas satu kotak bungkusan kiriman kurier yang mengandungi dadah jenis ekstasi seberat 3,613 gram dan ketamin seberat 1,012 gram bernilai hampir RM653,971.

“Sepasukan pegawai Kastam dari Cawangan Narkotik JKDM Sarawak telah membuat rampasan ke atas satu satu kotak kiriman di sebuah syarikat perkhidmatan kurier di Jalan Miri By Pass pada jam 2 petang.

“Pemeriksaan rapi dilakukan ke atas kotak bungkusan tersebut telah menjumpai dadah berbahaya jenis ekstasi dan ketamin yang dibungkus bersama produk makanan. Jumlah keseluruhan dadah berbahaya jenis ekstasi yang dirampas dianggarkan seberat 3,613 gram dengan nilai anggaran sebanyak RM603,371 manakala dadah berbahaya jenis ketamin dianggarkan seberat 1,012 gram dengan nilai anggaran sebanyak RM50,600,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kesemua dadah berbahaya terbabit disita di bawah Seksyen 30(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, modus operandi ialah menggunakan perkhidmatan kurier udara dari Semenanjung Malaysia ke Wilayah Sarawak dengan menghantar bungkusan ke alamat yang tidak berpenghuni.

“Dalam kes berasingan, sepasukan pegawai kastam dari Cawangan Narkotik JKDM Sarawak turut membuat rampasan ke atas satu kotak kiriman di premis yang sama.

“Pemeriksaan rapi yang dilakukan ke atas kotak bungkusan tersebut membawa kepada penemuan dua bungkusan dadah berbahaya jenis ekstasi yang dibungkus bersama produk makanan. Jumlah keseluruhan dianggarkan seberat 3,459 gram dengan nilai anggaran sebanyak RM577,653,” katanya.

Katanya, kes ini masih dalam siasatan dan modus operandi yang digunakan ialah menggunakan perkhidmatan kurier udara dari Semenanjung Malaysia ke Wilayah Sarawak dengan menghantar bungkusan ke alamat yang tidak berpenghuni, kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan