Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Angka kematian akibat wabak demam Lassa di Nigeria meningkat kepada 127 orang setakat ini, menurut pihak berkuasa kesihatan awam negara itu pada Selasa. Foto hiasan AFP

Angka kematian akibat wabak demam Lassa di Nigeria meningkat kepada 127

ByBernama

ABUJA, Nigeria, 16 April: Angka kematian akibat wabak demam Lassa di Nigeria meningkat kepada 127 orang setakat ini, menurut pihak berkuasa kesihatan awam negara itu pada Selasa, lapor Xinhua.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Nigeria (NCDC) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa sebanyak 674 kes disahkan daripada keseluruhan 4,025 kes yang disyaki sejak wabak ini mula dikesan pada Januari lalu.

Sebanyak 18 daripada 36 negeri terjejas oleh penyakit itu dengan negeri-negeri di selatan seperti Ondo dan Edo, serta negeri utara Bauchi menjadi kawasan paling terjejas teruk.

Ketiga-tiga negeri itu menyumbang lebih 70 peratus daripada jumlah keseluruhan kes yang disahkan, menurut NCDC.

Kadar kematian direkodkan pada 18.8 peratus, lebih tinggi berbanding 18.5 peratus dalam tempoh yang sama pada 2024.

Golongan dewasa berumur antara 21 hingga 30 tahun merupakan kumpulan paling terkesan. Agensi kesihatan itu turut mendedahkan bahawa bilangan lelaki yang dijangkiti melebihi wanita.

NCDC mengenal pasti beberapa cabaran utama termasuk sikap tidak proaktif mendapatkan rawatan, kos rawatan yang tinggi di sesetengah kawasan, serta tahap kesedaran yang rendah dalam komuniti berisiko tinggi.

Sehubungan itu, satu sistem pengurusan insiden pelbagai sektor telah diaktifkan bagi menyelaras usaha tindak balas di peringkat nasional.

Untuk rekod, Nigeria mencatatkan 214 kematian akibat demam Lassa sepanjang 2024, menurut NCDC.

Demam Lassa lazimnya merebak melalui makanan atau barangan rumah yang tercemar dengan air kencing atau najis tikus. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan