Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis pelancaran jerayawara Tourism Malaysia bagi memperkenalkan 'Visit Malaysia 2026' di Jakarta hari ini. Foto David Andreas (TVS)

Jerayawara Tahun Melawat Malaysia 2026 dilancar di Indonesia

ByTVS

JAKARTA, 15 Apr: Lembaga Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) melancarkan jerayawara di Indonesia hari ini bagi mempromosikan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Majlis pelancaran ini dianjurkan bagi memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan di pasaran Indonesia.

Timbalan Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Yeoh Soon Hin berkata, Indonesia merupakan pasaran utama bagi kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 kerana kedudukannya sebagai salah satu negara penyumbang tertinggi kemasukan pelancong ke Malaysia.

“Selain memperkenalkan kempen ini, Kementerian Pelancongan telah mengarahkan agar promosi secara agresif dilaksanakan memandangkan pasaran Indonesia merupakan antara penyumbang terbesar kepada sektor pelancongan Malaysia,” katanya.

Jerayawara ini juga dijangka dapat menggalakkan kerjasama antara pemain industri pelancongan kedua-dua negara, apabila dihadiri oleh lebih 200 pemain industri pelancongan tempatan serta 35 syarikat pelancongan dari Malaysia.

Sebanyak empat bandar di Indonesia akan menjadi destinasi jerayawara kali ini, iaitu Jakarta, Medan, Surabaya dan Yogyakarta.

Turut hadir Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Mohamad Hasrin, serta Pengarah Tourism Malaysia Jakarta, Hairi Mohd Yakzan. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan