Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Roland Sagah bersama mahasiswa IPTA di utara sempena Program Ngabas Anak Sarawak di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini semalam. Foto, TVS.

Program Ngabas Anak Sarawak diperluas ke seluruh negara

GEORGE TOWN, 15 April: Program Ngabas Anak Sarawak akan diperluaskan ke seluruh negara dalam usaha memberikan pendedahan mengenai hala tuju pembangunan dan inisiatif Kerajaan Sarawak kepada mahasiswa.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, melalui program berkenaan, pihaknya akan turun ke institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta untuk menyampaikan dasar-dasar kerajaan dan bantuan kepada pelajar.

Ujarnya, terdapat lebih 58,000 pelajar Sarawak di seluruh negara ketika ini termasuklah 27,000 di IPT awam 31,000 lagi di IPT swasta.

“Kita harap akan dapat berjumpa dengan mereka semua dan kalau telah capai lebih 50 peratus pun dikira sudah berjaya kerana kita akan memberi pendedahan mengenai dasar-dasar baharu di Sarawak.

“Oleh kerana bilangan IPT banyak, pendekatan kita adalah untuk mensentralisasikan pelajar-pelajar di zon tertentu agar mereka dapat hadir bersama-sama (ke program itu),” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Ngabas Anak Sarawak di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini.

Acara julung kali diadakan itu berjaya menghimpunkan kira-kira 300 mahasiswa Sarawak di Utara Semenanjung Malaysia merangkumi Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Perlis.

Ia mendapat penyertaan mahasiswa dari USM, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Insitutut Pendidikan Guru (IPG), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Turut diadakan, sesi forum bersama Timbalan Menteri MEITD (Pengajian Tinggi dan Inovasi), Datuk Dr Annuar Rapaee dan Ketua Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak, Dato Fazzrudin Abdul Rahman yang mengupas mengenai hala tuju Kerajaan Sarawak melalui Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030).

Sementara itu, Ronald Sagah berkata, antara inisiatif utama yang diperkenalkan kerajaan Sarawak termasuklah bantuan laptop percuma bernilai RM3,000, baucar buku tahunan RM500 dan Bantuan Kewangan Khas (BKK) RM1,200 setahun kepada pelajar Sarawak di seluruh negara. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan