Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak (YSISS) dijangka mula beroperasi di Sibu menjelang pertengahan tahun ini, menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee. Foto Dr Annuar Rapaee (FB)

Sekolah Antarabangsa Yayasan Sarawak mula beroperasi di Sibu pertengahan tahun ini

SIBU, 14 April: Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak (YSISS) dijangka mula beroperasi di Sibu menjelang pertengahan tahun ini, menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook, beliau berkata para pelajar dan guru YSISS yang kini masih ditempatkan di Kuching akan berpindah ke kampus baharu di Sibu sebaik sahaja persiapan selesai.

Sebelum ini, sekolah tersebut dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini dan hanya memulakan operasi pada tahun hadapan.

“Kita sering melihat pembangunan dari segi fizikal, tetapi pada masa sama, kerajaan Sarawak juga komited melabur dalam sektor pendidikan sebagai asas penting bagi masa depan anak-anak Sarawak,” katanya.

Penubuhan YSISS bertujuan memberi peluang kepada pelajar cemerlang, khususnya dari kawasan luar bandar dan keluarga berpendapatan rendah, untuk mendapatkan pendidikan bertaraf antarabangsa.

YSISS Sibu merupakan sekolah antarabangsa ketiga di bawah Yayasan Sarawak, selepas dua kampus lain di Petra Jaya dan Jalan Kuching-Serian (Mile 12).

Kampus baharu di Betong, Bintulu dan Miri pula sedang dalam perancangan untuk pembukaan akan datang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan