Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ummu Aqilah Makshut ditemui di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pending, Kuching pada Isnin. Foto TVS

NADI bantu usahawan luas jangkauan dan jana pendapatan

KUCHING, 14 April: Inisiatif Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) rata-rata menerima maklum positif daripada ahli-ahlinya, terutama golongan usahawan di wilayah ini.

Baharu empat bulan mengusaha serta menjual produk minyak wangi, Iman Nur Hakim, 24 ,berkata NADI membuka ruang bagi usahawan baharu sepertinya untuk mempromosikan produk keluarannya sekali gus membantu memperluaskan jangkauan kepada pelanggan baharu dan sedia ada.

“Saya rasa apa yang bagusnya NADI ini, adalah ia membantu memperluaskan perniagaan minyak wangi saya ini. Selain berniaga menerusi TikTok, saya juga memberi fokus penjualan menerusi NADI ini,” katanya ketika ditemui di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pending di sini, hari ini.

Sementara itu, bagi usahawanita produk penjagaan diri, Ummu Aqilah Makshut, 29, selain menyediakan platform jualan dalam talian, NADI turut menyediakan ruang baginya untuk memasarkan produk secara fizikal untuk memudahkan para pelanggan melihat dan mencuba sendiri produk yang dipasarkan.

“NADI bukan sahaja menyediakan platform untuk saya berniaga secara dalam talian, malah menyediakan tapak jualan secara fizikal di premisnya. Pelanggan saya mempunyai pilihan untuk mendapatkan produk jenama saya ‘Ngegeh’ di pusat NADI ini,” katanya.

Meskipun menjual produk kraf tangan secara sambilan, suri rumah Dayang Nornizam, 45, pula berkata, peluang yang disediakan oleh NADI ini, sedikit-sebanyak membantunya menjana pendapatan, selain mengisi masa terluang selesai menjalankan urusan keluarga di rumah.

“NADI ini saya lihat sebagai satu platform yang sangat baik untuk membantu saya dalam usaha saya menyebarkan informasi tentang produk seni ‘decoupage’ atau seni hiasan kraftangan saya melalui media sosial,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan