Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Adam Yii Siew Sang mengetuai lafaz ikrar Bebas Rasuah pada Majlis Angkat Sumpah Datuk Bandar, Timbalan Datuk Bandar dan Ahli-Ahli Majlis Majlis Bandaraya Miri, hari ini. Foto Salasiah Safian (TVS)

Majlis Bandaraya Miri komited jadikan Miri sebuah bandar raya moden, mampan

BySalasiah Safian

MIRI, 13 Apr: Majlis Bandaraya Miri (MBM) berpegang pada visinya untuk membawa Miri menjadi sebuah bandar raya moden, mampan dan dipacu teknologi yang mengutamakan kesejahteraan rakyat.

Datuk Bandar Miri Adam Yii Siew Sang, berkata antara fokus MBM ialah menambah baik infrastruktur digital, meningkatkan pengangkutan awam, mempromosikan kehidupan hijau dan mampan dan memastikan keterangkuman dalam pembangunan.

“Kami berhasrat untuk menjadi Bandar Peranginan Antarabangsa yang hijau, pintar dan paling boleh didiami, sebuah bandar yang boleh dibanggakan oleh kita semua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Angkat Sumpah Datuk Bandar, Timbalan Datuk Bandar dan Ahli-Ahli Majlis Majlis Bandaraya Miri di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga mengambil kesempatan untuk menzahirkan penghargaan kepada mantan kaunselor MBM yang menamatkan perkhidmatan mereka.

Katanya, dedikasi, komitmen dan perkhidmatan yang tidak berbelah bahagi telah membawa kemajuan dan pembangunan yang luar biasa.

Sehubungan itu, beliau berharap barisan lantikan baharu dan lama akan dapat bekerjasama dalam memberikan idea baharu, tenaga baharu dan penyelesaian inovatif dalam misi kolektif MBM untuk meningkatkan pembangunan Bandar Miri.

“Saya percaya bahawa setiap orang dengan latar belakang dan kepakaran yang pelbagai, mempunyai potensi untuk membentuk idea yang berani dan berkesan yang akan meningkatkan bandar kita ke tahap yang lebih tinggi.

“Marilah kita bekerjasama dengan perpaduan, semangat, dan tujuan bersama. Marilah kita memberi inspirasi antara satu sama lain dan memimpin melalui teladan.

“Walaupun cabaran mungkin timbul, saya yakin dengan keberanian, ketabahan, dan kerjasama, kita akan mengatasinya dan mencapai kemajuan yang bermakna,” katanya.

Majlis angkat sumpah hari ini menyaksikan 14 lantikan baharu dan 16 lantikan semula yang akan berkhidmat untuk tempoh tiga tahun.

Adam Yii Siew Sang mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar untuk tempoh satu tahun, manakala Ariffin Mohamad mengangkat sumpah sebagai timbalannya untuk tempoh tiga tahun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan