Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: Sri Pahang FC (FB)

Liga Super: Saravanan wira Tok Gajah di Manjung

ByBernama

KUALA LUMPUR, 12 April: Sri Pahang FC mencatat kemenangan ketiga berturut-turut dalam kempen Liga Super selepas menewaskan Perak FC 1-0 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM) malam ini, sekali gus membina momentum positif menjelang final Piala Malaysia 2024/2025.

Penyerang gantian T. Saravanan muncul wira skuad Tok Gajah apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-82 hasil satu serangan balas pantas selepas menerima hantaran Muhammad Baqiudin Shamsuddin dalam kawasan kotak penalti.

Kemenangan ini adalah yang keenam Sri Pahang dalam saingan liga musim ini, selain lapan seri dan sembilan kekalahan untuk menduduki tangga kesembilan setelah mengumpul 26 mata ketika saingan berbaki satu lagi perlawanan.

Sri Pahang dijadual menentang Penang FC di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh pada Sabtu depan dalam aksi terakhir liga sebelum membuat perhitungan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas final Piala Malaysia pada 26 April.

Sementara itu, hasrat Kedah Darul Aman (KDA) FC untuk melakar kemenangan di laman sendiri tidak kesampaian apabila sekadar seri 1-1 dengan Sabah FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Tuan rumah terlebih dahulu di depan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Muhammad Amirul Hisham Awang Kechil pada minit ke-16 selepas Ebenezer Assifuah dikasari pemain lawan.

Penyerang skuad kebangsaan Darren Lok memusnahkan harapan KDA FC untuk meraih tiga mata penuh selepas menjaringkan gol penyamaan menerusi rembatan deras yang menewaskan penjaga gol Wan Mohamad Syazmin Wan Mohamad Ruzaimi pada minit ke-60.

Dalam pada itu, PDRM FC mengejutkan Terengganu FC 1-0 menerusi gol penyerang Mohammad Imran Samso pada minit ke-48 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

— TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan