Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua lelaki tempatan berjaya dicekup ketika sedang memotong kabel milik sebuah syarikat telekomunikasi di Jalan Tanjung Kidurong, Bintulu, baru-baru ini. Foto IPD Bintulu

Dua lelaki dicekup ketika sedang potong kabel

BINTULU, 12 April: Dua lelaki tempatan berjaya dicekup ketika sedang memotong kabel milik sebuah syarikat telekomunikasi di Jalan Tanjung Kidurong di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Nixon Joshua Ali berkata, kejadian pada jam 12.40 tengah malam itu disedari pihak pengurusan syarikat telekomunikasi yang terkesan penggera keselamatan berbunyi sebelum menghubungi pihak polis untuk ke kawasan tersebut.

“Turut dirampas dalam milikan suspek ialah 16 potongan kabel pelbagai saiz, sebilah parang dan dua buah motosikal.

“Semakan rekod lampau kedua-dua suspek memiliki kes berkaitan jenayah curi dan penagihan dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kedua-dua suspek akan dipohon reman di Mahkamah Majistret Bintulu dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan untuk membantu siasatan.

“Pihak polis tidak berkompromi ke atas mana-mana individu atau kumpulan yang melakukan perbuatan jenayah, kolaborasi bersama pihak syarikat telekomunikasi adalah merupakan usaha berterusan dalam mengekang kejadian kecurian kabel.

“Kita menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian jenayah tampil dan menghubungi Bilik Gerakan IPD Bintulu di talian 086-318304,” tegasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan