Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua lelaki ditahan selepas disyaki mencuri kabel milik Telekom Malaysia Berhad (TM) di sekitar Sepang dengan melibatkan kerugian dianggar RM5,400. Foto hiasan Envato

Dua lelaki ditahan disyaki curi kabel TM

ByBernama

PUTRAJAYA, 12 April: Dua lelaki ditahan selepas disyaki mencuri kabel milik Telekom Malaysia Berhad (TM) di sekitar Sepang dengan melibatkan kerugian dianggar RM5,400.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Supt Shan Gopal Krishnan berkata masing-masing yang berusia 35 dan 40 tahun ditahan pada 10.30 malam dan 4 pagi tadi oleh anggota polis yang menjalankan rondaan cegah jenayah.

“Hasil penahanan lelaki pertama di kawasan Putra Perdana, polis merampas sebuah kenderaan, dua kunci penutup lubang kumbahan, sebatang penyangkuk besi, satu telefon bimbit serta sepeket plastik lut sinar mengandungi serbuk kristal disyaki syabu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata semasa ditahan, lelaki terbabit yang positif dadah turut bertindak agresif terhadap anggota polis dan cuba melarikan diri.

Kerugian dianggar bernilai RM3,600 dan lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 379 dan 186 Kanun Keseksaan.

Shan Gopal berkata hasil penahanan lelaki kedua di sekitar Sepang, polis merampas dua gelung kabel TM berukuran 30 meter yang dianggarkan bernilai RM1,800.

“Suspek memiliki rekod lampau kesalahan jenayah dan dadah. Pihak polis dalam tindakan mengesan rakan jenayah yang masih bebas,” katanya sambil menambah kes turut disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan