Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan Majlis Peluncuran Pembinaan Semula Masjid Jamek Cherok Tok Kun Bawah di Bukit Mertajam hari ini. Foto TVS

Bina masjid perlu berlandaskan ketakwaan, penghayatan Islam – PM

BUKIT MERTAJAM, 12 April: Pembinaan institusi masjid perlu diiringi dengan rasa ketakwaan kepada Allah S.W.T seperti yang diseru dalam al-Quran tanpa ada perasaan ingin menunjuk kehebatan dan kemegahan, ujar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, masjid yang dibangunkan dengan landasan yang baik dan tepat akan menguatkan lagi keimananan serta ketaqwaan umat Islam sekali gus menyatupadukan masyarakat di negara ini.

“Al-Quran ada menyebut, ada masjid diasaskan kerana ketakwaan kepada Allah SWT, nilainya murni, membawa perpaduan dalam masyarakat, memahat keimanan, menjaga masyarakat.

“Tetapi kalau niatnya (pembinaan masjid) tidak betul, perjalanannya tidak membawa penghayatan Islam serta kefahaman yang baik, maka masjid itu boleh menjadi tempat kerosakan,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Peluncuran Pembinaan Semula Masjid Jamek Cherok Tok Kun Bawah di sini.

Turut hadir, Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mohamad Abdul Hamid.

Masjid berusia 30 tahun yang terletak di kampung halaman Perdana Menteri itu akan dibina semula dengan kos RM15 juta dan dijangka siap sepenuhnya pada Februari 2027.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, umat Islam di negara ini perlu sentiasa menunjukkan teladan yang baik supaya Islam terus dihormati serta dipandang sebagai agama yang hebat.

Jelas Anwar, kehebatan Islam bukan datang daripada perbuatan menghina kaum lain atau bersikap angkuh, sebaliknya bergantung kepada akhlak dan keperibadian umatnya yang membawa nilai-nilai murni. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan