Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hasil serbuan, pihak polis merampas beberapa barangan termasuk telefon bimbit, resit pembelian emas, pasport, salinan kad pengenalan milik individu lain, pakaian, jam dan barang kemas. Foto IPD Miri

4 ditahan sindiket emas palsu di Miri

ByVanessa Enjop

MIRI, 12 April: Polis menumpaskan satu sindiket penjualan dan gadaian emas disyaki palsu menerusi satu operasi yang dijalankan di sebuah premis perniagaan di Anchor Way Enterprise, Miri pada petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu berkata, dalam operasi sekitar jam 6 petang itu, seramai empat individu terdiri daripada seorang lelaki tempatan berusia 40-an dan tiga wanita berusia lingkungan 20-an hingga 40-an telah ditahan.

“Hasil serbuan, pihak polis merampas beberapa barangan termasuk telefon bimbit, resit pembelian emas, pasport, salinan kad pengenalan milik individu lain, pakaian, jam, barang kemas yang disyaki palsu serta sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux. Anggaran nilai rampasan, tidak termasuk kenderaan, adalah sebanyak RM15,000,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, kesemua suspek telah direman selama empat hari bagi membantu siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Jika disabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun, sebat dan juga denda,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati dan berwaspada dalam urusan jual beli emas, sama ada secara fizikal mahupun dalam talian.

“Beli di premis jual emas yang sah atau buat ujian ketulenan sebelum melakukan apa-apa transaksi. Lakukan urusan jual beli di tempat yang mempunyai CCTV dan saksi. Pastikan juga mendapatkan resit pembelian atau membuat bayaran secara atas talian bagi tujuan rujukan masa hadapan,” tambahnya.

Beliau turut menggesa agar orang awam mengambil gambar sewaktu penyerahan barang antara penjual dan pembeli semasa urusan bersemuka sebagai langkah keselamatan tambahan.

“Jika anda menjadi mangsa penipuan berkaitan tawaran pekerjaan, pinjaman tidak wujud, ‘love scam’, e-dagang atau ‘phone scam’, segera hubungi National Scam Response Center (NSRC) di talian 997 sekiranya baru sahaja membuat transaksi ke akaun suspek,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan